rasanya macam dah lama sangat-sangat tak berceloteh kat my blog ni. pasti ada yang rindu pada cerita-cerita aq. chewah! okay, bajet je lebih. hehe
by the way, weekend yang lepas aq telah membuat keputusan untuk pergi ke rumah my aunt kat taman melawati. sebelum itu, plan mahu keluar dengan schoolmate tapi dia ade something yang perlu disettlekan. hurm. memang sangat sedih.
tapi, pilihan untuk pergi ke umah my aunt is the best choice ever. aq memang sangat2 happy sepanjang di sana. lagipun melayan kerenah kanak2 kadang-kadang memang menghiburkan hati. telatah mereka cukup membuat aq bahagia.
petang sabtu itu, tiba-tiba aq ternampak trek jogging kat padang depan rumah tue. then, teringat pesan ciko suruh aq wat fitness. aq pe lagi. amek kesempatan yang ade. time for jogging!!!!
mari kita lihat bukti aq jogging. hehe
mereka terpaksa menjadi mangsa aq. haha |
halena semangat. yang belakangnye bajet je lebih. hehe |
posing adalah wajib. |
jangan tak percaya. aq berjaya habiskan sebanyak 8 pusingan. okay la tu. baru first day setelah sudah hampir 4 bulan tak jogging. malas telah melanda diri. huhu. kami beriadah dekat 30 minit gak. then, aq praktiskan ape yang belajar di sekolah by cigu maznon. selepas senam. perlu cooling down. aq pun menjadi coach pada kanak-kanak tersebut.
"okay kids, kira satu sampai lapan. one..two..three......"
ini bukti kalau ade yang tak percaya. hehe |
then, dalam jam 6.30. kami pun menghabiskan riadah. dah lewat. mereka perlu bersiap-sedia untuk solat magrib.
in!!!! out!!! |
then, malam tue just lepak-lepak dengan mereka sambil on9. internet sangat laju kat rumah my aunt. so, perlu amek kesempatan di situ ye. haha.
keesokan harinya pula. patutnye aq keluar dengan member but suddenly he need to cancel it. sangat sedih. it's okay, maybe it's time for family. aq lepak je dengan kanak-kanak tersebut. melayan kerenah mereka. petang tu, tiba-tiba halena lapar. dia mahu makan roti tapi dah expired. sangat kasihan. then, aq pun ajak la dia pergi ke kedai. beli roti. sampai-sampai rumah kami terus minum petang.
Add caption |
then, plan lagi sekali mahu jogging. kami sangat-sangat semangat. semua bersiap-siap. kali ini kami siap bawa sebotol air masak. siap-siap je. tiba-tiba hujan pula. huhu. luntur semangat mahu bersenam.
halena: ala..penat je bersiap-siap. tak dapat nak jogging
kasihan mereka. semangat memang berkobar-kobar. oleh sebab tidak mahu kecewakan mereka. aq mengambil keputusan untuk ajak mereka skipping pula. then kami main-main la beberapa game kanak-kanak dalam rumah dek kerana hujan. really enjoy that day.
okay, rasanya itu sahaja untuk entry kali ini. panjang sangat berceloteh nanti orang malas dah nak baca. hehe.
p/s: sedetik bersama mereka buat aq lupa semua masalah yang ade. they really cheer me up. love them so much.