Tuesday, October 26, 2010

feeling so good...

salam pembuka bicara.
rasanya macam dah lama sangat-sangat tak berceloteh kat my blog ni. pasti ada yang rindu pada cerita-cerita aq. chewah! okay, bajet je lebih. hehe

by the way, weekend yang lepas aq telah membuat keputusan untuk pergi ke rumah my aunt kat taman melawati. sebelum itu, plan mahu keluar dengan schoolmate tapi dia ade something yang perlu disettlekan. hurm. memang sangat sedih.

tapi, pilihan untuk pergi ke umah my aunt is the best choice ever. aq memang sangat2 happy sepanjang di sana. lagipun melayan kerenah kanak2 kadang-kadang memang menghiburkan hati. telatah mereka cukup membuat aq bahagia.

petang sabtu itu, tiba-tiba aq ternampak trek jogging kat padang depan rumah tue. then, teringat pesan ciko suruh aq wat fitness. aq pe lagi. amek kesempatan yang ade. time for jogging!!!!

mari kita lihat bukti aq jogging. hehe

mereka terpaksa menjadi mangsa aq. haha


halena semangat. yang belakangnye bajet je lebih. hehe

posing adalah wajib. 

jangan tak percaya. aq berjaya habiskan sebanyak 8 pusingan. okay la tu. baru first day setelah sudah hampir 4 bulan tak jogging. malas telah melanda diri. huhu. kami beriadah dekat 30 minit gak. then, aq praktiskan ape yang belajar di sekolah by cigu maznon. selepas senam. perlu cooling down. aq pun menjadi coach pada kanak-kanak tersebut. 
"okay kids, kira satu sampai lapan. one..two..three......"
ini bukti kalau ade yang tak percaya. hehe

then, dalam jam 6.30. kami pun menghabiskan riadah. dah lewat. mereka perlu bersiap-sedia untuk solat magrib.

in!!!! out!!!

then, malam tue just lepak-lepak dengan mereka sambil on9. internet sangat laju kat rumah my aunt. so, perlu amek kesempatan di situ ye. haha.

keesokan harinya pula. patutnye aq keluar dengan member but suddenly he need to cancel it. sangat sedih. it's okay, maybe it's time for family. aq lepak je dengan kanak-kanak tersebut. melayan kerenah mereka. petang tu, tiba-tiba halena lapar. dia mahu makan roti tapi dah expired. sangat kasihan. then, aq pun ajak la dia pergi ke kedai. beli roti. sampai-sampai rumah kami terus minum petang. 

Add caption


then, plan lagi sekali mahu jogging. kami sangat-sangat semangat. semua bersiap-siap. kali ini kami siap bawa sebotol air masak. siap-siap je. tiba-tiba hujan pula. huhu. luntur semangat mahu bersenam. 

halena: ala..penat je bersiap-siap. tak dapat nak jogging

kasihan mereka. semangat memang berkobar-kobar. oleh sebab tidak mahu kecewakan mereka. aq mengambil keputusan untuk ajak mereka skipping pula. then kami main-main la beberapa game kanak-kanak dalam rumah dek kerana hujan. really enjoy that day.


okay, rasanya itu sahaja untuk entry kali ini. panjang sangat berceloteh nanti orang malas dah nak baca. hehe.

p/s: sedetik bersama mereka buat aq lupa semua masalah yang ade. they really cheer me up. love them so much. 






              












Friday, October 15, 2010

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Thursday, October 7, 2010

i wish..


i always hope that i got chance to play music instrument . but then, i have no skill at all. so, how to play. sometimes i close my eyes and dream that i'm playing piano. wow, bestnya. 

okay. it's too late now. i have no time actually. after this i'm going to main campus. so, mana ada masa untuk ini semua. just forget it. huhu. =(

untuk itu, aq berimpian. bila aq mempunyai anak. aq mahu mereka semua mempunyai kemahiran ini. tak pun aq mahu suami aq pandai bermain alat muzik. so, bila aq balik kerja. penat2. dia mainkan music khas untuk aq. wow, how romantic....okay naqiah, stop dreaming. hehe

semoga impian ini jadi kenyataan. impian mahu melengkapkan anak2 aq dengan kemahiran music. sekurang-kurangnya mereka tak regret seperti aq. okay stop. untuk itu semua lam lagi. now focus more on your study. hehe. impian terdekat. mahu jadi pelajar yang rajin belajar.

hurm. setiap kali cuti sem mesti pasang niat mahu jadi pelajar yang rajin. tapi...hanya Tuhan yang tahu. tak perlu diluahkan di sini. memalukan. but the way i wrote, people may know. hehe. to the readers: doakan saya dapat menjadi seorang doktor yang beriman. amin. =)

p/s: entry entah ape2. tapi lantaklah. saja mahu post something.









Pesanan Rasulullah...


Sekadar Perkongsian..
Tidur adalah ibaratkan mati yang sementara, roh akan berpisah daripada jasad buat suatu tempoh masa, jika diizinkan ALLAH pasti jasad dan roh itu akan bercantum kembali untuk kita mengharungi hari yang baru keesokan harinya, namun jika ALLAH Menakdirkan sebaliknya, nescaya tida lagi hari esok untuk kita.

Oleh itu, apa kata sebelum tidur, kita cuba untuk amalkan apa yang telah Rasulullah saw pesankan kepada isterinya yakni Aisyah r.a inshaALLAH bermanfaat kepada kita semua, semoga ia dapat menjadi bekalan di akhirat kelak..


Pesan Baginda Nabi sebelum tidur

SEBELUM Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :
“Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah….

Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”

Rasul tersenyum dan bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah : Surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.”

سُوۡرَةُ الإخلاص

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ

ٱلرَّحِيمِ قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (٤)

Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai mu.
Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

"Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat"

Wallahua'alam
Wassalam

Tuesday, October 5, 2010

family day...

we are happy together =)



weekend yang lepas, aq pergi ke family day tempat kerja bapak bertempat di Permaisuri Hotel, Port Dickson. memang sangat seronok di sana. really enjoy myself there. sampai je sana. semua melepak saja di bilik. the room are awesome. i like it so much. =)

but then, adik bising. ape guna holiday if everyone just stay in the room. lol. then. kami decided untuk cam whore.  permandangan di sana memang sangat cantik dan menenangkan fikiran. maybe siapa yang nak escape point. u can go there.

adik menunjuk aksinya..
tak cukup kurus untuk sembunyi disebalik pokok kelapa.
nampaknya i need to diet. hehe


setelah puas bergambar. tiba2 hati tertarik kepada swimming pool. air sangat catik. ape guna kalau kolam je cantik dan tiada orang yang menggunakannya. hehe. tanpa berfikir panjang. kami terjun ke dalam pool. wow! sangat menyegarkan. 

malamnya pula adalah waktu yang ditunggu-tunggu. perut pon dah keroncong. menyanyi lagu. kami pergi ke majlis dinner di dewan. masuk2 je dah nampak makanan yang sangat banyak. lepas je bacaan doa makan, kami serbu tempat makan. memang gelojoh. haha. who care??

memang sangat banyak aq melantak. nampaknya berat boleh naik. haha. then, aq plan ngn adik mahu turun ke gymnasium pada keesokan harinya. tapi????
makanan semua licin

ummi terpaksa menyampaikan hadiah sebab bapak lupa bawa baju batik. :(


then, kami pulang ke bilik. ape lagi. katil pon empuk. maka aq pun lelapkan mata. memang sangatlah nyenyak. pagi tu plak memang susah giler nak buka mata. so, dah terjawab soalan. impian mahu ke gym memang musnah. haha. moral of the story: no need to plan it. huhu

i love my brother. <3
esoknya kami pun pulang ke rumah. sebelum tiba di rumah, kami sempat shopping di melaka. masa dalam kereta tiba2 hati memberontak mahu beraya. tapi tak tahu mahu beraya di mana. huhu. fikir punya fikir. kami pun terfikir untuk pergi ke rumah cikgu hasnida. pilihan aq tepat. reason kerana dapat makan sedap kat umah dia. hehe. look at me, always think about food. ltu la life in malaysia. makan sentiasa cukup. =)

then kami pulang la ke rumah.  kenangan di port dickson memang sangat best. 

p/s: sometime we didn't realise that our family always make us happy. love your family as much as you can. i'm very thankful to Allah because i have them as my family. they're awesome. 







Thursday, September 30, 2010

i found something

post kali ini adalah mengada2. haha. tiba-tiba terasa mahu update tapi tak banyak pun nak cakap sebenarnya. tadi petang aq menonton tv. tak igt ape tajuk cerita itu. tapi ada satu perkara yang buat aq tertarik. kisah seorang gadis yang ingin melupakan kekasih hati nya. aq suka cara dy wat. setiap hari dia akan report pasal perkembangan dia pada someone. aq mahu praktik kan. tapi tak tahu pada siapa.huhu. :(

tapi aq akan cuba sebaik yang mungkin kerana..


Wednesday, September 29, 2010

release tension

Dek kerana banyak perkara yang memberatkan kepala aq lately nie, aq pun plan untuk bersuka-ria di genting highland. thanks to riki sebab menemani aq dan menjadi pendengar yg baik..:)

pada hari ahad, dua orang gadis cun telah pergi ke genting highland. memang sangat best. rasa hilang segala tekanan perasaan. kami sampai pada jam 10.30 pg. nasib kami agak bertuah sebab orang tidak ramai sangat. so, dapatlah bermain semua permainan berulang kali. banyak gak peristiwa yang sukar dilupakan di sana. first time naik go-kart, memang terbaik, i like =)

tak nak cerita panjang tentang peristiwa di genting, lagipun semua orang tahu ape yang ada di genting. nothing so special actually. aq tergerak hati untuk ke sana hanyalah untuk mehilangkan stress sahaja. mahu jerit sepuas hati. mahu ringankan kepala. mahu mulakan hidup yang baru. mahu hargai keindahan hidup.

aq agak berpuas hati. aq dah berjaya jerit sekuat hati. terasa semua masalah hilang. really hope so. aq tak tahu sampai bila aq begini. aq percaya pada satu kata. "happiness in our choice''. then, sure aq mahu pilih kebahagiaan hidup.


lihat muka aq. muka pun dah happy. yup. i feel much more better now. rasanya dah boleh memaafkan org yang dimaksudkan sepenuh hati. namun, mungkin kami tidak dapat baik seperti dulu. maaf untuk itu. give me much more time. then, everything will come back to normal. i hope so.

now, malas dah nak fikir pasal hati dan perasaan. memang lumrah manusia dah menyayangi dan disayangi. but now, aq mahu enjoy my freedom. namun hati masih menanti pada my prince charming. ( chewah!!!)
masih tidak pasti siapa dia. tidak mahu perkara sama berlaku. mungkin aq akan lebih berhati-hati selepas ini. just keep praying for the best.

p/s: patotnya entry ni di post dua hari yang lepas. disebabkan kemalasan melanda hati. baru hari ini aq update. huhu.
kapada my friend: aq tahu kau pasti baca my blog. aq dah maafkan kau. and aq pon minta maaf disebabkan sikap aq yang agak emosi. maaf sekali lagi.

segala masalah telah kutinggalkan di sana. =)